Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke majlis konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak. Tuanku dan permaisuri tiba di di Lapangan Antarabangsa Bintulu pada 3 November 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor berkenan sempurnakan majlis konvokesyen UPM kampus Bintulu

SHAH ALAM, 4 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Bintulu, Sarawak sempena majlis konvokesyen universiti itu.

Pesawat khas membawa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tiba di Lapangan Antarabangsa Bintulu, petang semalam.

Keberangkatan tiba Baginda yang juga Tuanku Canselor UPM disambut Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isterinya, Dato’ Dayang Morliah Awang Daud.

“Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Naib Canselor UPM Dato’ Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Pengarah UPM Kampus Bintulu Prof Dr Shahrul Razid Sarbini,” menurut hantaran Facebook UPM, hari ini.

Baginda dijadual menyempurnakan majlis konvokesyen ke-47 bagi sidang pertama di UPM kampus Bintulu hari ini.

Pengarang :